PANDUAN LENGKAP TENTANG HIBAH TAKAFUL
Apakah Perbezaan Di Antara Hibah dan Takaful
Hibah Takaful merupakan suatu kaedah perlindungan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.
Walaubagaimanapun, masih ramai yang kurang mengerti dan memahami maksud hibah itu sendiri malah kepentingannya juga tidak di ambil peduli.
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut mengenai hibah takaful ini, kita perlu tahu tentang maksud hibah dan maksud takaful untuk memahami konsep ini dengan lebih jelas.
Apa Itu Takaful
Takaful bermaksud, perlindungan insuran yang menggunakan konsep dimana semua pembayar/pencarum akan membayar ke dalam satu tabung setiap bulan yang dipanggil tabung tabarru’. Disini, segala risiko akan ditanggung oleh semua pencarum Bersama.
Manakala berbeza pula dengan insuran konvensional di mana setiap pembayar akan terus dimasukkan ke akaun syarikat insuran dan risiko akan di tanggung oleh pencarum dan syarikat insuran sahaja.
Jika di bandingkan dengan perlindungan insurans konvensional, dana dalam tabung tabarru’ ini hanya akan dilaburkan ke dalam pasaran saham yang patuh syariah sahaja. Jika dibandingkan dengan insurans konvensional, perlindungan takaful adalah bebas daripada tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu unsur riba’, gharar (ragu-ragu) dan juga masyir judi.
Oleh itu umat islam adalah diwajibkan untuk mengambil perlindungan takaful dan menjauhkan diri daripada mengambil perlindungan konvensional.
Apa Itu Hibah
Hibah merupakan satu kaedah bagaimana harta diagihkan. Hibah ini juga bermaksud hadiah daripada seseorang kepada seseorang. Setelah di hadiahkan, hadiah teresbut adalah milik orang yang telah di hibahkan dan bukan lagi menjadi harta pusaka si pemberi.
Hadiah (hibah) ini boleh diberikan dalam apa jua bentuk samada rumah, duit atau barang-barang lain milik si pemberi hibah.
Apakah itu hibah takaful
Maksud hibah takaful adalah, setiap pencarum yang membuat caruman setiap bulan, carumannya akan di kumpulkan ke dalam tabung tabarru’ dan apabil salah seorang peserta takaful itu mengalami musibah, sejumlah dana akan dikeluarkan dari tabung tersebut dan di berikan kepada waris yang menerima musibah.
Konsep ini telah di perkenalkan di dalam industry Takaful selepas Akta Perkhidmatan Kewagnan Islam 2013 di wujudkan.
Melalui hibah takaful ini, waris tidak akan memalui proses faraid kerana wang pampasan tersebut telah di hadiakan secara mutlak kepada penama oleh si pencarum.
Manfaat ini hanya akan di terima oleh waris jika pencarum telah meninggal dunia atau hilang upaya kekal.
Hibah takaful di Malaysia
Pada 21 April 2003, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat kali ke-34 telah memutuskan bahawa:
- Pampasan Hibah takaful boleh dihibahkan kepada mana-mana penerima dan ia adalah hak mutlak pencarum
- Pampasan Hibah takaful tidak dianggap sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan
- Pemberi hibah berhak untuk menukar atau membatalkan nama penerima sepanjang tempoh takaful masih berkuatkuasa
- Borang penamaan takaful hendaklah jelas dinyatakan tentang status penerima wasi atau penerima hibah.
Apakah Kelebihan hibah takaful
Berikut adalah beberapa kelebihan hibah takaful:
- Penama adalah penerima hibah mutlak
- Pampasan hibah takaful tidak perlu dan tidak boleh di faraidkan yang pada kebiasaannya lebih rumit dan memakan masa yang lama
- Melalui hibah takaful, pertelingkahan antara ahli keluarga (akibat perebutan wang pampasan) dapat dielakkan kerana hibah tidak boleh dipertikai dan penama akan mendapat hak mutlak
- Pemberi boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah
Kepentingan hibah takaful
Disini kami telah senaraikan beberapa kepentingan hibah takaful:
#1 Sebagai penggantian pendapatan
Jika berlaku kematian seseorang, terutamanya ketua keluarga, ia akan memberikan kesan kepada waris yagng masih hidup. Kerana punca pendapatan kepada keluarga hilang sekelip mata sahaja.
Oleh itu apabila kita memiliki hibah, waris akan menerima sejumlah wang pampasan sebagai pengganti pendapatan untuk suatu jangka masa sehingga waris dapat berdikari di masa akan datang dan meneruskan kehidupan.
#2 Sebagai penyelesaian hutang
Kebanyakan di antara kita semasa hayat memilik pelbagai jenis hutang. Hutang kereta, rumah, Pendidikan bahkan hutang dengan ahli keluarga dan juga kawan-kawan juga ada. Hutang wajib di bayar. Jadi setelah kita tiada, waris terpaksa menyelesaikan hutang kita secara rela atau tak rela. Dari mana mereka nak dapatkan wang untuk membayar hutang- hutang tersebut?
Justeru itu, melalui hibah takaful, waris akan menerima sejumlah wang pampasan setelah pemergian kita, dan dengan wang tersebut la si waris akan membantu menyelsaikan hutang kita walaupun “tidak wajib “ bagi mereka. Dan sebahagian dari wang pampasan dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan.
#3 Proses yang mudah
Melalui hibah, penerima tidak akan melalui proses faraid dan waris akan jadi penerima mutlak. Oleh itu persengketaan atau perebutan harta dalam kalangan ahli keluarga si mati dapat dielakkan.
Malah, proses tuntutan bagi hibah adalah sangat mudah dan pantas tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.
#4 Tiada peguam lantikan
Semasa membuat tuntutan, waris tidak perlu melantik peguam dalam menguruskan proses tuntutan hibah, waris hanya perlu menghantar dokumen yang diperlukan, samada kepada ejen si mati atau terus kepada mana-mana cawangan PruBSN Takaful untuk membuat tuntutan.
Peringatan: Hanya penama yang ada didalam polisi/sijil hibah sahaja yang boleh membuat tuntutan.
#5 Sebagai dana pendidikan untuk anak
Hibah Takaful, dapat menyediakan dana yang mencukupi bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik. Jangan biarkan pendidikan anak-anak anda terabai, dan mereka gagal teruskan kehidupan yang baik setelah anda tiada.
Adakah hibah takaful boleh dicabar?
Seringkali berlaku perebutan harta setelah pemergian seseorang. Masing-masing ingan merebut bahagian harta pusaka peninggalan si mati.
Melalui hibah takaful, mengikut Perenggan 3(2) jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, seperti yang dinyatakan pada ayat di atas tadi, sejara jelas menyatakan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar, dipertikai mahupun dituntut oleh sesiapa pun malah tidak mempunyai nilai jika di buat bantahan di mahkamah.
3 Tips Sebelum menandatangani polisi
Terdapat beberapa tips untuk menentukan supaya anda memilih hibah takaful yang terbaik. Lihat tips-tips di bawah ini:
#1 Tentukan jumlah pampasan yang diperlukan
Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza dan juga pendapatan yang dimiliki juga adalah berbeza.
Oleh itu, semasa membuat pemilihan takaful, pampasan kematian dan hilang upaya kekal hendaklah di pastikan jumlah yang sesuai dan lengkap sebelum membuat dan menandatangani polisi.
Sifir kiraan pendapatan adalah 10 kali ganda daripada jumlah pendapatan tahunan.
Contoh: juka pendapatan tahunan adalah RM30,000, pampasan yang sesuai dan tepat adalah sebanyak RM300,000.
Ini bagi memastikan waris dapat meneruskan kehidupan yang selesa bagi tempoh 10 tahun selepas ketiadaan anda.
#2 Jumlah bayaran caruman bulanan hendaklah mengikut kemampuan
Setelah membuat pengiraan jumlah pampasan, buat budget yang sesuai untuk bayaran caruman bulanan. Jika tidak mampu, buatlah bayaran caruman bulanan yang mampu anda lakukan.
Polisi perlindungan yang terbaik adalah bukan sebanyak mana jumlah pampasan, tetapi polisi yang mampu anda bayar. Tidak ada gunanya perlindungan yang tinggi tetapi suatu hari nanti anda tidak mampu bayar menyebabkan polisi anda terbatal.
#3 Pilih Ejen yang JUJUR dan AMANAH
Ini adalah tips yang paling penting dan tips utama. Anda boleh berhubung dengan pelbagai jenis ejen yang menawarkan pelbagai jenis caruman dan perlindungan yang luar biasa dan menarik.
Tetapi tahukah anda, berapa ramai yang tertipu setelah menandatangani polisi. Ada polisi yang tidak diisytiharkan secara tepat. Ada polisi yang tidak jujur. Hanya kerana ejen nak ambil kesempatan dan menarik minat pencarum untuk mengambil polisi dengannya.
Kebanyakan pencarum hanya sedar selepas bertahun-tahun mencarum dan ejen telah menikmati hasil penipuannya. Siapa yang rugi? Pencarum yang teraniaya.
Justeru itu, pilih la ejen yang jujur dan Amanah. Bukan kerana caruman yang murah, tetapi polisi yang jujur.
Nak berurusan dengan ejen yang jujur? Terus hubungi kami. Isi boring quotation di bawah.