Prudential BSN Takaful

Kepentingan Insurans Pekerja

INSURANS KESIHATAN PEKERJA:

Mengapa Ia Penting Untuk Syarikat Anda?

Insuran kesihatan pekerja. Penting kah?

Memberi tawaran insurans kesihatan adalah salah satu langkah yang paling mudah tetapi sangat berkesan sebagai ganjaran kepada pekerja dan menarik minat mereka yang berkelayakan. Manfaat kesihatan turut memberi kelebihan dalam meningkatkan produktiviti, menaikkan semangat serta membantu membentuk persekitaran yang positif. Ada banyak pilihan yang boleh suatu perniagaan atau organisasi berikan kepada pekerja mereka. Tetapi secara umumnya ia adalah dalam bentuk:

Manfaat kesihatan yang asas – rawatan sakit luar dan sakit di hospital dan perlindungan kepada tanggungannya.

Faedah tambahan yang popular – Perlindungan untuk ibu bersalin dan kesuburan, penglihatan dan insurans pergigian.

Faedah tambahan dan menyeluruh – Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi, kesejahteraan umum, dan sokongan kesihatan mental.

Tujuan utama rancangan insurans perubatan untuk pekerja adalah melindungi dan menyokong kesihatan dan kesejahteraan kakitangan agar mereka dapat terus menjadi anggota syarikat anda yang aktif dan produktif. Manfaat lain, seperti sokongan kewangan atau faedah pendidikan, dan insurans perubatan pekerja selalunya merupakan tambahan yang paling biasa ditawarkan di kepada pekerja seluruh dunia.

Adakah saya benar-benar perlu menawarkan insurans perubatan pekerja?

Kami benar-benar memahami bahawa tidak setiap perniagaan cukup bersedia untuk menawarkan faedah pekerja kepada kakitangan mereka. Walaupun begitu, anda mungkin mempertimbangkan bentuk faedah lain yang mungkin lebih menarik daripada sekadar pelan insurans kesihatan kumpulan. Untuk membantu anda memahami faedah mengapa insurans kesihatan penting, berikut adalah lima sebab utama kami memilih faedah perubatan:

  1. Ia mudah

Terdapat begitu banyak syarikat insurans yang menawarkan pelbagai pelan insurans kesihatan untuk syarikat untuk pelbagai perlindunga, untuk apa jua jenis industri. Pasarannya begitu luas sehinggat ada banyak orang tengah, seperti ejen dan broker, yang bersedia untuk membantu syarikat anda untuk menguruskan setiap langkah proses. Prosesnya mudah dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat. Untuk platform yang lebih kompleks, penasihat yang pakar sedia membantu.

  1. Ia dapat membantu meningkatkan produktiviti

Menurut kajian MetLife, 60% majikan mendapati bahawa manfaat kesihatan membantu kakitangan mereka menjadi lebih produktif. Orang yang sihat dapat melakukan lebih banyak pekerjaan pada waktu mereka di tempat kerja, dan kurang. Selain daripada itu, ia dapat membantu pekerja berkerja bebas dari tekanan mental dan kewangan apabila dirinya dan tanggungannya di lindungi jika menghadapi musibah.

  1. Mendapatkan rawatan dan perawatan menjadi lebih mudah

Bagi kebanyakan syarikat insurans utama, pilihan pembayaran seperti bil langsung adalah menjadi sangat mudah. Kakitangan syarikat yang memerlukan rawatan dapat menyelesaikan keseluruhan proses di hospital lebih mudah apabila penyedia perkhidmatan kesihatan (seperti hospital ) dan syarikat insurans (sepertu PRUDENTIALBSN) mempunyai hubungan yang baik. Syarikat insurans yang mempunyai tahap perkhidmatan yang hebat juga dapat memberikan bantuan untuk mencari doktor atau kemudahan yang tepat apabila pekerja anda memerlukannya.

  1. Syarikat anda dapat meningkatkan daya tarikannya terhadap pekerja yng berbakat dan berpengalaman.

Insurans perubatan pekerja secara konsisten merupakan faedah utama sejak sekian lama. Kajian Glassdoor mendapati bahawa faedah insurans kesihatan berada di kedudukan utama berbanding hadiah percutian, time off berbayar, serta kelebihan pencen. Sekiranya syarikat anda melahirkan tenaga kerja yang mahir, sebaiknya syarikat anda mempertimbangkan keinginan tenaga kerja mahir seperti ini. Sekiranya anda gagal memberikan manfaat kesihatan yang baik, anda mungkin akan kehilangan mereka kepada pesaing.

  1. Pelan penjagaan kesihatan adalahfleksibel seiring dengan perkembangan syarikat anda.

Jika perniagaan anda ketika ini kecil, tetapi anda mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk berkembang lebih besar tetapi anda masih menunggu sehingga syarikat anda menjadi besar untuk menyediakan manfaat ini, tertanya perancangan itu kurang tepat. kerana, selalunya pelan kesihatan untuk berkelompk selalunya adalah kotrak selama satu tahun atau 12 bulan. Anda boleh membuat perubahan dan penambahan kepada syarat atau faedah didalam kontrak dengan lebih mudah sesuai dengan keperluan anda.


Mungkin faedah kesihatan adalah kecil dari segi perlindungannya semasa syarikat baru mula berkembang, tetapi anda boleh menambah baikknya semasa syarikat anda menjadi semakin besar.

Aturkan pertemuan dan perbincangan dengan kami di www.TAKAFUL-MY.com atau hubungi kami terus dengan klik link di bawah untuk dapatkan quotation atau untuk jadual temujanji. Kerana kami merupakan wakil ejen sah PRUDENTIALBSN. Syarikat Insurance tertua didunia dan syarikat insurans terbesar di Malaysia.

NAZRUL EHSAN: 012-3105954 (call/sms/whatsapp)

Facebook
Twitter
LinkedIn
Powered by ProofFactor - Social Proof Notifications