“Tolong bagi 5 minit sahaja peluang pada diri anda untuk baca aritkel ini. Jangan biarkan anda meraba-raba di dalam bilik yang gelap”
Untuk entry kali ini, saya ingin memberi anda gambaran tentang kepentingan kad perubatan/medical card kepada anda untuk anda faham dan jelas keperluannya.
Kita sering di beri pilihan dengan jumlah gaji yang kita miliki, adakah kita patut memiliki sebuah kenderaan, sebuah rumah atau kad perubatan. Yang mana lebih utama dan yang mana yang patut kita utamakan pembayarannya.
ketiga-tiga perkara di atas penting. Kenderaan kita sangat perlukan untuk membawa kita kemana-mana khususnya ke tempat kerja. Rumah juga turut penting kerana kita perlukan tempat tinggal dan berteduh. Kad perubatan? Dua perkara tadi kita nampak objeknya dan kita akan guna setiap hari. Tapi kad perubatan?
Jujur saya katakan, kad perubatan memang tidak nampak kegunaanya seharian, dan mungkin kita akan gunakan atau mungkin kita tak akan gunakan sampai bila-bila. Tetapi apabila sekali kita sangat perlukan, kenderaan dan rumah yang kita miliki tak mampu untuk menolong kita ketika kita sangat memerlukan.
Saya bagi contoh, hari ni kita sihat, kita boleh berkerja dan pergi kemana-mana yang kita mahu. Tetapi cuba bayangkan esok kita di timpa kemalangan semasa nak pergi kerja. Hospital terdekat dengan kemalangan adalah hospital swasta. Adakah kita sanggup tunggu ambulan dari hospital kerajaan yang jauh untuk sampai dalam keadaan kita terseksa kerana sakit? Sedangkan hospital swasta hanya ambil masa 5 minit sahaja dari tempat kejadian. Adakah kita sanggup tahan kesakitan untuk tunggu ambulan dari hospital kerajaan sampai? itu belum kita kesesakan jalan di bandar-bandar besar. Kita tak tahu dimana atau bila kita akan ditimpa kemalangan.
Jika contoh di atas tak cukup kuat untuk memberi anda kesedaran, saya ceritakan satu pengalaman pelanggan saya. “Saya namakan beliau DIN. Din pelanggan saya yang telah mencarum dengan saya kad perubatan, suatu hari pada jam 9 malam saya terima panggilan bahawa dia berada disebuah hospital kerajaan kerana kemalangan. Saya bergegas untuk mendapatkan beliau. Tiba di hospital, saya tanyakan beliau, bila dia sampai ke hospital? kenapa tak hubungi saya? beliau katakan tak nak susahkan saya dan beliau katakan telah tiba di hospital pada jam 5 petang. Cuba anda bayangkan, 4 jam beliau di bangku menunggu, menunggu panggilan untuk mendapatkan rawatan. 4 jam menahan seksa kesakitan akibat tulang patah. Saya segera mencari hospital swasta terdekat, dan bawa beliau untuk dapatkan rawatan pada malam itu juga. Kos perubatan di tanggung oleh pihak takaful.” Anda pernah patah tulang?? anda tahu azab kesakitan tulang patah??
ini baru kisah kemalangan, belum lagi kisah apabila anda dapat berita yang anda di diagnos menghidap kanser, jantung, buah pinggang dan lain-lain. Belum lagi terseksa menanggung kesakitan, tetapi giliran pembedahan ambil masa 3-4 bulan. Pernah anda terfikir?? Tanya diri anda, penting atau tidak?
Adakah kereta anda, rumah anda lebih penting dari kesihatan anda? sedangkan caruman anda mungkin tak sampai RM200 pun, tapi kereta anda mungkin sebulan RM400 atau rumah anda mungkin RM800. Contoh kereta, andai anda telah pakai selama 2-3 tahun, adakah ia boleh di jual untuk dapatkan duit untuk belanja perubatan? Kereta perlukan sekurangnya 5 tahun baru boleh dijual untuk dapatkan lebihan RM2-3 ribu sahaja. Adakah cukup nak tampung??
Saya harap perkongsian ni buat anda faham dan jelas kepentingan kad perubatan. Fikirlah masak-masak untuk diri anda dan keluarga anda.Saya hanya boleh beri pandangan, tetapi anda yang menentukan pilihan anda.
Hubungi saya segara untuk pertanyaan tentang KOS dan PELAN medikal kad terbaik mengikut kemampuan anda. Klik pada link di bawah